Título: Isytihar Harta | Pak Lah & Anak Beranak Kena Buat Dulu
Autor: batugiling
Categoria: Notícias e política
Descrição: KUALA LUMPUR, 3 April (Tvpas)-Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) menyokong penuh cadangan Presiden Transparency International Malaysia (TIM), Tan Sri Ramon Navaratnam supaya bukan menteri dan timbalan menteri sahaja wajib mengisytiharkan harta, tetapi seluruh ahli keluarga mereka juga wajib berbuat demikian.
Ketua DPP Pusat Salahuddin Ayub dalam kenyataannya berpandangan cadangan TIM ini akan membantu meningkatkan integriti dan menghapuskan rasuah di negara ini, selain akan mewujudkan sebuah kerajaan yang telus dan bebas dari amalan kronisme dan nepotisme.
Pada 19 Mac lalu, kabinet mengarahkan semua menteri dan timbalan menteri mengisytiharkan harta masing-masing kepada rakyat. Namun, satu persoalan timbul dalam kepala rakyat ialah kecekapan para menteri dan timbalan menteri untuk membolot kekayaan negara melalui proksi atau kroni mereka.
Justeru, DPP Pusat mendesak Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, semua menteri dan timbalan menteri termasuk seluruh kaum keluarga dan kroni terdekatnya supaya mengisytiharkan harta masing-masing.
DPP Pusat juga mendesak Abdullah mengisytiharkan harta yang dipungut oleh anak dan menantunya, adiknya dan juga Patrick Lim selepas 31 Oktober 3untuk memastikan ketelusan benar-benar wujud di negara ini.
http://www.tvpas.com
Duração: 1:45
Tags: exco harta kabinet lim menantu paklah patrick
Tags para Busca na Web: exco harta kabinet lim menantu paklah patrick